KHASIAT WANGIAN KASTURI

Khasiat
PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab; "al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani" karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan teknik penggunaan minyak wangi:

"Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan naluri kejiinnan mereka.

Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping de
ngan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tekniknya adalah:-
Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada lelaki atau perempuan. 
Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.



Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:-
1: Sapu pada ubun-ubun
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
2: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat."
2: Leher kiri dan kanan.. 


Memberi kekuatan pada roh.
Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.

Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan aura aroma bau wangi tersebut.

Insya'Allah..



Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
"Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi" (Hadis Riwayat Muslim) 

KHASIAT
·                     Memberi kekuatan pada roh
·                     Menenangkan jiwa
·                     Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
·                     Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
·                     Menghilangkan sesak nafas
·                     Melegakan lelah (asma)
·                     Menyedarkan orang yang pengsan
·                     Memperkuatkan organ luaran/dalaman tubuh
·                     Menghilangkan rasa gemetar
·                     Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
·                     Menjernihkan mata putih pada mata
·                     Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
·                     Melanjutkan usia
·                     Dapat mengusirkan syaitan dan sihir.

(TEKNIK PENGGUNAAN:- Menghidu, Sapu dipakaian dan Sapu ditubuh badan)
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum (spt kasturi).
sumber: Madrasah Darul Atiq
SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH...





CARA MENGGUNAKAN MINYAK WANGIAN AROMA TERAPHY AL – JANNAH UNTUK PERUBATAN :


 
SEBELUM GUNA HENDAKLAH DI BACA BISMILLAH 7 KALI DAN SELAWAT 7 KALI

·   Untuk kanak –kanak menangis waktu malam
·  Orang dewasa yang susah tidur
·  Orang yang tidurnya diganggu mimpi yang pelik-pelik seperti;mimpi ular   
   orang bagi bayi/anak, mimpi di kejar kerbau,selalu terkejut hitam mematuk  
   /menyerang ,mimpi 

·   histria
·   takut terkena sihir (pukau) masa keluar rumah dan sebagainya

TEKNIK PENGGUNAAN:- Membaca Bismillah 7 kali,selawat 7 kali,AL-FATIHAH 3 kali dan AL-IKHLASH 3 kali, Ambil sedikit minyak sapu di hidung, bulu kening, mata kanan dan kiri,cuping telinga dan keliling ibu jari kaki ,kanan/kiri